KARYASENY PHOTOGRAPHY

Kami menyediakan perkhidmatan fotografi bagi majlis perkahwinan dan lain2 majlis. Sila lawati kami di Facebook Karyaseny Photography dan klik LIKE: http://www.facebook.com/pages/Karyaseny-Photography/135839769825805

Wednesday, 17 April 2013



Solemnization
Nadia + Abu Bakar
Semenyih
Photo By : Karyaseny Photography
Contact : 019 216 3362
FB: http://www.facebook.com/pages/Karyaseny-Photography/135839769825805?fref=ts









Posted by Karyaseny Photography at 20:09 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Pre Wedding | Puspa + Rusydi

Save The Date
Puspa + Rusydi
Taman Tasik Dato Keramat
Photo By : Karyaseny Photography
Contact : 019 216 3362
FB : http://www.facebook.com/pages/Karyaseny-Photography/135839769825805?fref=ts















Posted by Karyaseny Photography at 19:59 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Weds Sha & Khalil | November 2012













Posted by Karyaseny Photography at 01:46 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Weds Yaya & Yusof | November 2012








Posted by Karyaseny Photography at 01:26 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Album, outdoor, photo

PAKEJ-PAKEJ PROMOSI 2013


Posted by Karyaseny Photography at 01:15 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Promosi untuk tahun 2013 like page http://www.facebook.com/pages/Karyaseny-Photography/135839769825805 untuk dapatkan diskaun.
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Followers

Pages

  • Home
  • Online Booking Form

FOTOGRAFI PERKAHWINAN

Gambar Perkahwinan adalah antara yang paling penting di dalam hidup anda yang akan mendirikan rumah tangga atau telah berumah tangga. Memorikan serta abadikan gambar hari bahagia anda bersama suami/isteri tersayang bersama kami. Kami memberikan gambar-gambar yang cantik bersama kualiti yang terbaik untuk tatapan anak-anak, cucu cicit anda dan juga menjadi sesuatu yang paling berharga dan bernilai untuk di simpan dan sesuai untuk mengembalikan kenangan pada masa-masa anda menatapnya.Oleh demikian, Izinkan kami merakam detik-detik bahagia serta berharga anda itu. Kami sentiasa memastikan pelanggan kami mendapat pulangan yang amat terbaik serta berkualiti.
Biar Kami Rakam Detik Kegembiraan Anda Dihari Bahagia

Blog Archive

  • ▼  2013 (5)
    • ▼  April (5)
      • Solemnization Nadia + Abu Bakar Semenyih P...
      • Pre Wedding | Puspa + Rusydi
      • Weds Sha & Khalil | November 2012
      • Weds Yaya & Yusof | November 2012
      • PAKEJ-PAKEJ PROMOSI 2013
  • ►  2012 (19)
    • ►  June (3)
    • ►  May (16)
  • ►  2011 (8)
    • ►  November (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (4)

About Me

My photo
Karyaseny Photography
Kami menyediakan perkhidmatan fotografi bagi majlis perkahwinan. Sila hubungi talian 0192163362 untuk sebarang pertanyaan
View my complete profile

Total Pageviews

Facebook

  • Karyaseny Photography Facebook
  • Abg Uni
  • Ct Isha
  • Syahrul Muzzafar
  • Wan to Tree
Picture Window theme. Theme images by richcano. Powered by Blogger.

MENGAPA ANDA PERLU MEMBAYAR JURUGAMBAR?

Petikan asal : Majalah Pesona Pengantin
Oleh : Hasnuddin Abu Samah, pengarah Urusan, Adan Impresif.

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal.
Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan :

1)Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM10,000.00. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakana, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2)Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang dikenakan untuk perkhidmatannya.

3)Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah didalam bidang professional. Ini bermakna, beliau hanya mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4)Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau tidak habis disitu sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi, dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5)Kos Material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan diatas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi, serta lain-lain kos perniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya.

Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari paling bahagia dan bermakna dalam hidup anda.